Sunday, May 8, 2011

RedToshee!!!

This is my new BFF/Lappy = RedToshee
Luv u.... :)
Date of Purchase : 7th May 2011

Specification :
Toshiba Satellite L645
Intel® Core™ i5-480M processor 2.66GHz with Turbo Boost Technology up to 2.93Ghz (2.66GHz, 3MB Cache)
Genuine Windows® 7 Home Premium
14.0" WXGA HD Clear SuperView LED Backlight TFT display (16:9) 
4GB DDR3 SDRAM 
500GB (SATA) with shock absorbers
ATI Mobility Radeon™ HD 5650 ext 1GB VRAM
3 years Local Limited Warranty
6-Cell Lithium Ion   
Built in Web Camera with SmartFaceTM Technology 
2 x USB 2.0 ,  1 x USB/e-SATA combo port  
DVD SuperMulti Double Layer Drive (DVD ± RW/RAM)  
Stereo Speakers, 16-bit Stereo with Intel® High definition Audio Support 

Sunday, May 1, 2011

Coleslow Apple

Bahan-bahan ( sekeluarga )

  • 2 biji apple merah/hijau (dipotong dadu kecil)
  • 1 batang lobak merah ( dipotong dadau kecil)
  • 1/4 biji kobis (dihiris halus)
  • 3 sudu besar mayonis (ikut selera msg2)
  • gula secukup rasa
  • secubit garam

Cara-cara

  1. Setelah apple,lobak merah dan kobis dipotong dadu, basuh dan toskan.tunggu sehingga air kering.
  2. campurkan semua bahan di dalam mangkuk dan gaulkan hingga rata.
  3. bila dah siap boleh letak dalam peti sejuk..lagi sedap untuk dimakan.
  4. boleh dihidangkan semasa makan nasi tengahari atau malam.
  5. tambahan : kalau nak sedap lagi, tambahkan isi ayam goreng yang telah disiat..budak2 kecik pun msti suka..

Sayur Lodeh aka Kuah Lontong

Bahan-bahan ( 10 orang )

  • Bahan yg dikisar halus * :-
  • *10 tangkai cili kering
  • *2 biji bawang besar
  • *2 ulas bawang putih
  • *1 jari kunyit hidup
  • *1 hiris halia
  • *2 sudu udang kering
  • *2 sudu ikan bilis
  • *sedikit belacan - jika suka
  • *2 sk jintan kasar - sangar
  • 2 batang serai - dititik
  • 4 helai daun salam
  • 1/2 jari lengkuas - diketuk
  • 200 g udang hidup yg dikupas kulit
  • Bahan sayur di potong kecil ikut cara masing2 :-
  • 1/2 biji kobis
  • 8 batang kacang panjang
  • 1 batang lobak merah
  • 1 biji sengkuang kecil
  • 1 biji terung panjang
  • 1 keping tahu kering - rendam
  • 4 biji kentang
  • 4 keping tauhu - di potong kecil dan goreng
  • 4 keping tempe - dipotong dan digoreng
  • 2 ikat su'un - direndam
  • lada merah dan hijau - dipotong serong
  • 2 ltr santan pekat dan cair - drpd 3 biji kelapa
  • air secukupnya
  • garam secukup rasa
  • 1/4 cawan minyak utk menumis

Cara-cara

  1. Panaskan minyak dlm periuk dan tumis bahan2 kisar dan serai hingga wangi.Masukkan udang dan tumis lagi dan masukkan santan,daun salam,lengkuas dan masak hingga mendidih.
  2. Masukkan sayur2an bermula dgn yg keras dulu dan tambah air secukupnya hingga sayur tenggelam. Bubuh garam secukup rasa dan masak lagi hingga mendidih dan sayur lembut.
  3. Hidang sayur lodeh dgn lontong,ketupat atau nasi himpit dan juga sambal tumis dan serunding