Friday, July 10, 2009

PETUA untuk Baby Shayang....

Melegakan Selsema Bayi 
Ambil sebiji kunyit, patahkan, potong atau tumbuk. Kemudian sapukan pada batang hidung bayi anda. Insyaallah jika selalu diamalkan, hidung bayi anda tidak akan tersumbat dan dia akan tidur nyenyak.

Memudahkan Bayi Buang Air Besar 
Jika bayi anda sukar buang air besar, cubalah ambil sedikit asam jawa dan gaul atau ramas dengan sedikit air biarkan ia agak pekat kemudian sapulah pada bahagian ubun-ubun bayi anda juga pada pusatnya. Cubalah petua ini dan amalkan setiap hari. Insyaallah bayi anda tiada masalah sebu perut.

Cara Membersih Botol Susu Hingga Berkilat 
Menghadapi masalah mencuci botol susu terutamanya yang berbentuk unik? Berus yang tercipta khusus pun tidak mampu mencuci hingga ke celahnya. Cubalah petua ini. Masukkan sedikit beras di dalam botol susu, di campur dengan air panas atau sejuk. Goncang-goncang botol susu itu. Hasilnya bukan saja botol bersih, puting susu juga turut hilang dakinya. Petua ini boleh juga di cuba untuk membersihkan botol air plastik yang lain

Hidung Bayi Tersumbat 
Ambil beberapa sudu air bersih dan taruh dalam piring kecil dengan dicampurkan sedikit garam. Hancurkan garamitu dengan tangan supaya sebati dengan air tersebut. Kemudian usaplah air itu pada tulang hidung bayi itu perlahan-lahan ketika ia mahu tidur. Ulangi beberapa kali sehingga bayi itu terlelap, dengan cara ini anak anda akan tidur nyenyak dan tidak meragam.

Anak Fasih Bercakap 
Kebanyakkan ibu bapa inginkan anaknya cepat bercakap,petah dan fasih.Petuanya amat mudah, Ibubapa hendaklah selalu mengucup atau cium bibir anak2nya sewaktu kecil.dan sekiranya mampu diteruskan sehingga dewasa , ia akan menjadi taat kepada ibu bapa..Insayallah...

No comments:

Post a Comment