Monday, October 24, 2011

Puding Cocktail Berkuah!!! Slurp......

Content for C

Bahan-bahan ( ( 5-6 orang ) )

Bahan Untuk Puding

  • 1 cawan tepung kastad
  • 1 cawan gula
  • 5 cawan air
  • 1 cawan santan - jgn terlalu pekat
Bahan Untuk Kuah
  • 1 tin susu cair
  • 2 tin air masak ( gunakan tin susu )
  • 1/2 cawan gula @ sesuai manis
Hiasan
  • Buah-buahan dalam tin
  • Nata de coco - optional
  • Jelly @ sumi - optional

Cara-cara

Untuk Puding

  1. Masukkan semua bahan gaul sebati
  2. Masak atas api sedrhana hingga pekat dan likat
  3. Angkat, masukkan dlm bekas biarkan keras dan sejuk. ( Dh sejuk boleh masukkan dlm peti ais )
Untuk Kuah
  1. Panaskan susu, air dan gula dalam periuk
  2. Jangan mendidih sekadar panas dan gula hancur
  3. Biarkan sejuk ( boleh juga masuk peti ais )
Cara Penyediaan
  1. Potong puding kastad td mengikut bentuk yg disukai. Masukkan dlm mangkuk
  2. Tambahkan buah-buahan dlm tin, nata de coco, jelly ( ikut suka berapa bnyk nk letak )
  3. Tambah kuah pd mangkuk yg berisi puding dan hiasan
  4. Sedia dinikmati. Best makan kalau baru keluar dr peti ais..sejuk jer
C

Puding Susu Buah-Buahan..... Yummeh!


Bahan-bahan ( 1 loyang besar )

  • 1 paket serbuk agar2 (11gm)
  • 2 biji telur
  • 4 cawan air
  • 1/2 tin susu cair
  • 1 cawan gula
  • 2-3 sudu besar tepung kastad
  • 1 tin fruit cocktail

Cara-cara

  1. masak agar2 dengan air dan gula hingga larut.
  2. pukul telur dan campurkan tepung kastad, kacau rata dan ketepikan.
  3. bila campuran agar2 larut, masukkan susu cair. bila mendidih, masukkan campuran telur dan tepung kastad. masukkan fruit cocktal.
  4. masukkan kedalam loyang atau acuan disukai. sejukkan dan hidangkan.

Oreo Truffle!!!


Bahan-bahan ( 42 biji )

  • 1 paket biskut oreo (keluarkan intinya)
  • 1 paket(250g) Keju Philapedhia (suhu bilik)
  • 8 oz semi-sweet coklat masakan

Cara-cara

  1. Hancurkan biskut. Masukkan krim keju. Gaulkan sehingga sebati.
  2. Uli doh sedikit demi sedikit kepada bentuk bebola.
  3. celupkan bebola tadi ke dalam coklat masakan yang telah dicairkan
  4. Sejukkan adunan di dalam peti selama 1 jam sebelum boleh dihidangkan.

Saturday, October 22, 2011

Our Farewell F.A.R.T.Y - dedicated to our H.A.N.I.M!

 






Date : 21st October 2011 (Friday)
Time : 12.30 - 2.00 pm
Venue : Johnny's Summit USJ
Pax : 16 excluding baby Ziha & baby Erni


 Yang diraikan dan Maini...

 Wajah2 sedang menjamu selera jah!

My Visit To Melium Group @The Trilium, Lake Fields

Thx to Zetty coz gave the info about Melium Group promotion during these 3 days. Dapat plak tgh agak2 stress, frust & sedih, so dpt pegang these shoes & handbags may reduce these diseases. Hahahah.... Take a look!
 
This is off-white Cole Haan handbag & off-white Alexandre Birman shoes. O-some!

Ini sume Cole Haan yang aku berkenan tapi price tu bley kasi 50% diskaun lagi x?


Ini bukan Cole Haan. Ini TODs. Cun tapi mak aih!

Bile la MO nak wat markdown cam aritu yer??
Hmmmm..... ;)

Saturday, October 15, 2011

Bila Asben ku Saket Perot!!!

Sian my asben. Saket perot la plak. Tataw la dia makan ape smpi saket perot camtu. Bape kali ntah check-in-out toilet. Ni baru je wife keje sabtu sehari suntuk, lom 2 hari berderet. Hmm.... Nampak sangat yg wife ni amat bermakna di rumah utk jaga makan-minum-pakai-bla3x ek. Kui3x... Baru je lepas urut perut dia & sapu minyak gamat. Orang tengah saket, kene dibelai2 sket kan... Secara psikologi bleyh baik cepat. Padahal bukan pandai sangat urut. Bley terseliuh urat kentut lah. 

Dah! Sumer orang dalam umah ni dah berdengkur. Mommy nak tido juga sambil layan Desperate Housewives Season 7 Episode 22 & 23. Good nyte!

PL1M :: Blog & Web Design


Date : 15th October 2011
Venue : Makmal Networking 2, DTC
Participants No. : 17

Thursday, June 16, 2011

Majlis Aqiqah Cukur Jambul Qaisya & 2nd Birthday Celebration Qaliff 2011

Lagi 2 minggu 3rd July 2011 akan menjelang - Majlis Aqiqah Cukur Jambul Qaisya & 2nd Birthday Celebration Qaliff

List yang kene ade (100 pax) :-
  1. Doorgift (partypack, bunga telur, paperbag etc - LovelyGift
  2. Catering - Mahmud
  3. Kambing aqiqah - Mr Zeree
  4. Photographer wif photobook/storybook - Vee Evlensa
  5. Videographer - TupaiTV
  6. Cradle n deco - Buaian Cradle
  7. Banner & Bunting - Paulyn Scan Vision
  8. Birthday Cake - Lea Oven
  9. Birthday Organizer - KFC
  10. Theme - Sweet Pink for Aqiqah & birthday Soccer Theme
  11. Marhaban - Cik Siti from Seksyen 17
  12. Cup8 - Dani Shamsuri
  13. Make Up - MyErda

Sunday, May 8, 2011

RedToshee!!!

This is my new BFF/Lappy = RedToshee
Luv u.... :)
Date of Purchase : 7th May 2011

Specification :
Toshiba Satellite L645
Intel® Core™ i5-480M processor 2.66GHz with Turbo Boost Technology up to 2.93Ghz (2.66GHz, 3MB Cache)
Genuine Windows® 7 Home Premium
14.0" WXGA HD Clear SuperView LED Backlight TFT display (16:9) 
4GB DDR3 SDRAM 
500GB (SATA) with shock absorbers
ATI Mobility Radeon™ HD 5650 ext 1GB VRAM
3 years Local Limited Warranty
6-Cell Lithium Ion   
Built in Web Camera with SmartFaceTM Technology 
2 x USB 2.0 ,  1 x USB/e-SATA combo port  
DVD SuperMulti Double Layer Drive (DVD ± RW/RAM)  
Stereo Speakers, 16-bit Stereo with Intel® High definition Audio Support 

Sunday, May 1, 2011

Coleslow Apple

Bahan-bahan ( sekeluarga )

  • 2 biji apple merah/hijau (dipotong dadu kecil)
  • 1 batang lobak merah ( dipotong dadau kecil)
  • 1/4 biji kobis (dihiris halus)
  • 3 sudu besar mayonis (ikut selera msg2)
  • gula secukup rasa
  • secubit garam

Cara-cara

  1. Setelah apple,lobak merah dan kobis dipotong dadu, basuh dan toskan.tunggu sehingga air kering.
  2. campurkan semua bahan di dalam mangkuk dan gaulkan hingga rata.
  3. bila dah siap boleh letak dalam peti sejuk..lagi sedap untuk dimakan.
  4. boleh dihidangkan semasa makan nasi tengahari atau malam.
  5. tambahan : kalau nak sedap lagi, tambahkan isi ayam goreng yang telah disiat..budak2 kecik pun msti suka..

Sayur Lodeh aka Kuah Lontong

Bahan-bahan ( 10 orang )

  • Bahan yg dikisar halus * :-
  • *10 tangkai cili kering
  • *2 biji bawang besar
  • *2 ulas bawang putih
  • *1 jari kunyit hidup
  • *1 hiris halia
  • *2 sudu udang kering
  • *2 sudu ikan bilis
  • *sedikit belacan - jika suka
  • *2 sk jintan kasar - sangar
  • 2 batang serai - dititik
  • 4 helai daun salam
  • 1/2 jari lengkuas - diketuk
  • 200 g udang hidup yg dikupas kulit
  • Bahan sayur di potong kecil ikut cara masing2 :-
  • 1/2 biji kobis
  • 8 batang kacang panjang
  • 1 batang lobak merah
  • 1 biji sengkuang kecil
  • 1 biji terung panjang
  • 1 keping tahu kering - rendam
  • 4 biji kentang
  • 4 keping tauhu - di potong kecil dan goreng
  • 4 keping tempe - dipotong dan digoreng
  • 2 ikat su'un - direndam
  • lada merah dan hijau - dipotong serong
  • 2 ltr santan pekat dan cair - drpd 3 biji kelapa
  • air secukupnya
  • garam secukup rasa
  • 1/4 cawan minyak utk menumis

Cara-cara

  1. Panaskan minyak dlm periuk dan tumis bahan2 kisar dan serai hingga wangi.Masukkan udang dan tumis lagi dan masukkan santan,daun salam,lengkuas dan masak hingga mendidih.
  2. Masukkan sayur2an bermula dgn yg keras dulu dan tambah air secukupnya hingga sayur tenggelam. Bubuh garam secukup rasa dan masak lagi hingga mendidih dan sayur lembut.
  3. Hidang sayur lodeh dgn lontong,ketupat atau nasi himpit dan juga sambal tumis dan serunding

Tuesday, April 26, 2011

Kek Coklat Moist Versi Microwave

Bahan-bahan ( 1 biji )

  • Bahan A:
  • 2 1/2 cawan gula perang
  • 1 3/4 cawan self-raising flour
  • 3/4 cawan serbuk koko
  • 1 1/2 camt soda bikarbonat
  • Bahan B:
  • 2 biji telur
  • 1 camt esen vanila
  • 1 cawan susu segar
  • 1 cawan air kopi panas tanpa gula
  • 1/2 cawan minyak masak
  • Topping:
  • Nutella yang biasa dimakan ngan roti (secukupnya)

Cara-cara

  1. Bahan A digaul sebati.
  2. Masukkan telur, gaul rata.
  3. Masukkan vanila, susu segar, air kopi dan minyak, gaul rata.
  4. Tuang adunan ke dalam acuan yang telah dilenser. Adunan agak cair, tapi jangan bimbang, confirm tidak bantat.
  5. Microwave selama 10 minit (HIGH). Jika menggunakan oven, bakar selama 35 minit dengan suhu 180C.
  6. Letakkan topping masa kek masih panas.

Kek Coklat Masak Guna Microwave Jew

Bahan-bahan ( 1 loaf poundcake )

  • 100g mentega
  • 100g gula
  • 2 biji telur- dipukul sedikit.
  • 40g tepung gandum
  • 40g serbuk koko
  • 1/2 sudu kecil baking powder

Cara-cara

  1. Pukul mentega sehingga jadi bentuk krim. Kemudian masukkan gula sikit demi sikit. Pukul sehingga putih.
  2. Masukkan pula telur sikit demi sikit. Pukul sehingga sebati.
  3. Ayakkan tepung, baking powder dan serbuk koko ke dalam adunan tadi. Kacau sebati.
  4. Masukkan adunan ke dalam acuan yg boleh diguna utk microwave.
  5. Kemudian masukkan ke dalam microwave. Masak selama 4 minit 30 saat - 5 minit dengan 500W.
  6. Bila dah masak tu mungkin ada bahagian yg lembik. Jangan risau, kek tu dah masak sebenarnya.. bahagian lembik tu yg paling sedap. Kek ni sesuai juga dimakan dengan vanila icecream, jadikannya sebagai dessert

Monday, April 18, 2011

My Strawberry Cheese Cake For Today


Eheheh... At last aku dpt bawak ciskek (homemade + handmade) utk geng2 opis. Nampak gaye diorg makan cam sedap... Tp ade berterabor sket base tu sbb goyang2 dlm kete. Halal je la ek. Anggap le cam deco. Kui3x.... Pasni nak wat ape plak ek?? Rase nak wat cup cake plak. Yummy!!!!

Lupe nak say tons of thx to my besfwen (AliahLily).. thx beb for the details recipe.

Sunday, April 17, 2011

Pop-Dine


Org lain sume panggil popia. Name x gleme langsung. So aku bagi name dia Pop-Dine (aka popia sardine). Yummy!!!!!

My Milk Cocktail


Bahan-Bahan :-
1. Susu cair 1 tin
2. Air 2 tin (guna tin susu)
3. Gula 2 1/2 sendok
4. Esen vanilla 1 sudu
5. Peach 1 tin
6. Laici 1 tin
7. Nata de coco 1 bekas
8. Sumi 1 peket
9. Puding 1 peket

Cara-Cara :-
1. Panaskan susu cair, air, gula dan esen vanilla sehingga mendidih. Kemudian biarkan sejuk.
2. Tapis peach, laici, nata de coco, sumi dan puding. Buang air nya.
3. Masukkan semua No 2 ke dalam No 1 dan letakkan dalam fridge supaya sejuk.
4. Siap untuk dimakan.
:)

CISKEK!!! :)



TOOLS & EQUIPMENT1. 2 mixing bowl
2. 1 mixer
3. 1 spatula
4. 1 loyang spring form (loyang yg bole attach n detach base dgn dinding tu)

BAHAN-BAHAN
Sukatan ingredient ni utk loyang kecik (15-18cm)...so kalo loyang mcm aku guna tu (24cm) ko doublekan quantity smua item tu ye

A:
1. 250 gm biskut mudah hadam - yg ko mkn aritu aku guna biskut tiger 240gm utk loyang 24cm aku tu (aku main balun biskut anak aku sbb aku terlupa beli biskut)
2. 125 gm mentega tanpa garam - aku belasah je buttercup bergaram (ni aku maintain quantity nye walaupun loyang aku besar..ko tgk aritu mcm berderai gak kan base dia..so bole upkan 150gm kut butter tu)

B: 
(Ingat! kuantiti ni utk loyang 15-18cm tau)
1. 200 ml krim putar(whipping cream) - jenama Paysan Beyton
2. 250 gm krim keju - Philladelphia
3. 140 gm gula kastor 
4. 1 sudu besar jus lemon

C:
1. 15 gm gelatin halal - jenama halalgel..jenama lain x sure halal ke x)
2. 100ml air - campurkan air dgn gelatin atas double boiler dan sejukkan selama 5 minit

D:
1. 1 pack strawberry - potong jgn besar sgt, nanti berat dan jatuh ke bawah. (half pack aku belah dua utk deco..remaining aku hiris utk letak dlm kek)

Topping:
gune jem stoberi jerk (cari jem yg masih berketul2 lagi buah straberry dlm jam tu..aku guna ladys choice) + 1sudu mkn gelatin + air sedikit = msk secara double boiler. Suamkan seketika then curahkan atas kek.

CARA-CARA 1. Hancurkan biskut sehingga jadi serbuk. Make sure fine..aku patah2kan..masukkan dlm plastic beg kecik then ketuk2 dgn anak lesung..Sediakan loyang acuan berukuran 8 inci. (aku guna 24cm ye)
2. Cairkan mentega. Tuangkan mentega kedlm bekas berisi biskut tadi. Kacau rata.
3. Tekankan adunan biskut ke dalam loyang sehingga menjadi rata dan padat.Sejukkan dlm peti ais selama lebih kurang 30 minit agar ia menjadi keras.
4. Pukul krim putar sehingga pekat dan gebu.Ketepikan.
5. Pukul krim keju bersama-sama gula dan jus lemon sehingga sebati.Setelah itu masukkan gelatin yg dah dimasak dgn air secara double boiler (suamkan kejap sblom tuang) dan gaul lagi sehingga sebati.
6. Kemudian tuangkan bahan ini kedlm bekas yg berisi krim putar tadi dan gaul rata dgn menggunakan whisk/spatula.
7. Keluarkan adunan biskut dlm peti ais.Tuangkan 1/3 adunan krim cheese td keatas adunan biskut.Ratakan dan letakkan buah strawberry (yg dihiris).Akhir sekali tuangkan adunan sampai habis. Sejukkan di dalam peti ais sekurang2nya 3 jam.(aku simpan over 1 night sbb aku buat mlm..sok pagi baru kerjakan topping nye)
8. utk topping buat seperti di atas.
9. Tuangkan toppingi hingga habis. Atur buah stoberi. simpan dlm peti ais skali lagi sebelum dihidangkan (aku pkul whip cream sket dlm 50ml smpi jd foam..letak dkt keliling atas kek..pehtu tarok strawberry yg belah 2 tu..

M&M Cup Cake



Bahan-bahan ( 30 bj )
150 g butter
185 g tepung naik sendiri
150 g gula kastor
1/2 sudu teh soda bikarbonat
3 bj telur
1 ts esen vanila


Cara-cara
1. pukul butter & gula hingga kembang
2. masukkn telur 1 per 1& esen vanila
3. masukkn tepung yg dicmpur soda bikarbonat
4. susun cup dlm acuan.masukkn adunan 3/4 penuh
5. bakar 10-20 minit pd suhu 180c
6. hias ikut citarasa

Martha Stewart ooo Martha Stewart

I dunno what happen to me since Qaisya was born. Too feminine I think.... Woohooo..... :)

So, take a look here....
http://www.marthastewart.com/

Sunday, March 20, 2011

Bumi berubah (Oleh Hazirah Che Sab; zeehan@bharian.com.my 2011/03/20)

Gempa Jepun ubah landskap, diramal cetus Zaman Ais baru

BELUM pun igauan ngeri tsunami yang melanda Aceh pada 26 Disember 2004 terhapus sepenuhnya, kita dikejutkan sekali lagi kehadiran bencana yang melumpuhkan Jepun dalam sekelip mata, minggu lalu.
Bermula dengan gempa bumi berukuran 9.0 pada skala Richter jam 2.46 petang waktu tempatan, tsunami pula menyerang dengan kelajuan kira-kira 800 kilometer sejam dengan ketinggian ombak mencecah 10 meter. Malah ketika rencana ini ditulis, selain berdepan ancaman gempa susulan, Jepun turut dihimpit krisis mengawal kebocoran radiasinya apabila tahapnya 10 kali ganda lebih tinggi daripada biasa, berikutan impak gempa bumi kategori mega itu. Lebih menyayat hati, harapan menemui mangsa yang terselamat terus pudar dengan angka korban dan mereka yang hilang, lebih 12,000 orang.
Namun, hakikatnya, gempa bumi terbesar di Jepun dan kelima terbesar dalam sejarah dunia itu bukan hanya menambah fakta mengenai bencana tetapi turut mengubah landskap dan perjalanan bumi ini.

Di Jepun saja, gempa itu menyebabkan Kepulauan Honshu, yang juga bahagian paling besar di negara itu, berganjak sehingga 2.4 meter.

Tidak cukup itu, paksi bumi pula menyendeng 25 sentimeter dan mempercepatkan kadar putaran bumi lebih sejuta mikro saat.

Perubahan lain termasuk sejumlah kerak bumi jatuh menjunam ke dalam retakan atau rekahan sepanjang 402 kilometer yang membuka jurang seluas 9.6 kilometer di bawah Lautan Pasifik. Impak ini seperti diakui saintis Itali dan Amerika Syarikat sebagai lebih besar berbanding gempa bumi yang melanda Sumatera, sebelum ini.
Pakar fizik di City College of New York di Amerika Syarikat, Michio Kaku, pula melontarkan andaian kemungkinan gempa kuat yang mengubah paksi bumi boleh menjadi punca berlakunya Zaman Ais.

“Impak gempa bumi 9.0 dalam kategori mega itu turut menyebabkan pengagihan semula sejumlah besar kerak bumi, memendekkan hari, selain mengubah paksi bumi dan mempercepatkan pusingan.

“Namun, ketika kepantasan putaran bumi dijangka tidak memberi kesan jangka sederhana atau panjang, perubahan paksi mungkin ada impaknya, termasuk menjadi punca pembentukan Zaman Ais.

“Masih ada perdebatan saintifik mengenai apa yang menyebabkan zaman itu tetapi teori utama ialah gangguan kecil pada paksi bumi ketika ia mengelilingi matahari. Perubahan kecil ini yang menggoyangkan paksi dan mungkin menyebabkan Zaman Ais,” kata Kaku yang dipetik media antarabangsa, baru-baru ini.

Zaman Ais atau tempoh glasier ini berlaku secara tidak tetap sejak lebih dua bilion tahun. Pada zaman Ais, lapisan ais terbentuk di sebahagian besar benua atau muka bumi ini dan biarpun punca sebenar perubahan dunia itu tidak diketahui, ada saintis yang mengaitkannya dengan perubahan putaran bumi.

Selain itu, pakar geofizik Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA), Richard Goss, pula berkata, perubahan yang menyebabkan putaran bumi pada kadar 1.8 juta setiap saat atau 1.8 mikrosaat, adalah satu isu kekal yang perlu dihadapi manusia sejagat.

Saintis Britain, Bethan Harris, sebaliknya menyifatkan impak itu sememangnya ada tetapi amat minimum.

“Ia kedengaran banyak tetapi kecil berbanding saiz bumi. Perubahan satu darjah paksi bumi bermakna ia bergerak kira-kira 110 kilometer.

“Bagaimanapun, ia tidak berhenti di situ. Bentuk muka bumi Jepun bergerak sebanyak empat meter. Selepas gempa bumi itu, berkemungkinan hari yang kita lalui 1.8 juta sesaat lebih pendek disebabkan perubahan itu.

“Kita dapat melihat perubahan itu dalam purata panjang hari disebabkan perubahan lain di bumi dan atmosfera,” katanya.

Seorang lagi pakar geofizik Barat, Richard Gross, pula berkata paksi Bumi tidak sama dengan paksi utara-selatan di ruang angkasa yang berputar sekali sehari pada kelajuan kira-kira 1,604 kilometer sejam.

Hakikatnya, ini bukan kali pertama gempa bumi besar mengubah tempoh sehari bumi iaitu 24 jam. Malah ia semakin pendek disebabkan gegaran kuat sebelum ini. Buktinya, gempa bumi berukuran 8.8 pada skala Richter di Chile tahun lalu turut meningkatkan putaran bumi dan memendekkan hari kepada 1.26 mikrosaat manakala gempa bumi 9.1 pada skala Richter di Sumatera pada tahun 2004 memendekkan hari kepada 6.8 mikrosaat.

Apa yang membimbangkan, ada kalangan saintis ini turut mendakwa impak gempa bumi di Jepun itu mungkin belum lengkap sepenuhnya kerana gegaran susulan yang lemah turut berupaya mengubah panjang hari. Sekurang-kurangnya 20 gegaran susulan berukuran antara 6.0 pada skala Richter atau lebih dilaporkan berlaku.

Pakar gempa bumi Tinjauan Geologikal Amerika Syarikat, Dr Daniel McNamara, juga memberi amaran gegaran itu menenggelamkan paras bentuk muka bumi Jepun dan menjadikan sebahagian negara itu kekal di bawah paras laut.

Lima bandar zon gempa

Gempa bumi Jepun minggu lalu turut mendedahkan risiko yang boleh dialami bandar berpenduduk padat terutama di kawasan berisiko tinggi seperti di sepanjang garisan gelinciran.

Berikut lima bandar raya paling berisiko dilanda musibah dahsyat disebabkan kedudukannya yang mana tiga daripadanya di Amerika Syarikat.

  • Tokyo, Jepun
    Wujud betul-betul di persimpangan tiga plat tektonik iatu Plat Amerika Utara, Plat Filipina dan Plat Pasifik. Sejarah panjang ibu negara Jepun itu dan biasa dilanda gempa bumi mendorong bandar raya berkenaan membina perlindungan tektonik ke paras maksimum. Ia juga dikatakan bandar raya paling bersedia di dunia untuk berdepan musibah gempa bumi.

  • Istanbul, Turki
    Gelinciran Anatolian Utara adalah terpanjang di dunia tetapi bandar raya yang menempatkan prasarana lama dan moden itu mendedahkan 13 juta penduduknya dalam risiko tinggi.

    Gegaran berukuran 7.4 pada skala Richter yang melanda Izmit, 101 kilometer dari Istanbul pada 1999 menjadikan bangunan abad ke-20 yang selalunya dibina dengan konkrit bercampur air masin selain tidak menghiraukan kod bangunan, rebah menyembah bumi yang meragut kira-kira 18,000 nyawa.

  • Seattle, Amerika Syarikat
    Berdepan ancaman gempa bumi besar dan letusan gunung berapi Rainier. Ia terletak di atas sempadan tektonik aktif di sepanjang Plat Amerika Utara, Plat Pasifik dan Plat Juan de Fuca. Pemandangan menakjubkan Gunung Rainier sekadar memberi peringatan yang ia adalah gunung berapi ‘tidur’ atau senyap yang boleh mengatasi Gunung St Helen pada bila-bila masa.

  • Los Angeles, Amerika Syarikat
    Sejak lebih 700 tahun lalu, gempa bumi kuat melanda wilayah berkenaan setiap 45 hingga 144 tahun. Gempa bumi besar terakhir berukuran 7.9 pada skala Richter berlaku 153 tahun lalu. Dalam erti kata lain, Los Angeles cuma menanti masa untuk digegarkan dengan satu lagi gempa besar. Gempa bumi seterusnya akan memberi impak buruk, termasuk memberi kesan kepada keseluruhan California Selatan yang didiami penduduk sekitar 37 juta. Bencana alam besar boleh membunuh antara 2,000 dan 50,000 penduduk dan menyebabkan kemusnahan bernilai berbilion dolar.

  • San Francisco, Amerika
    Mempunyai cuma 800,000 penduduk, San Francisco ialah satu lagi bandar raya besar di sepanjang pantai barat Amerika Syarikat yang boleh musnah akibat gempa bumi dan tsunami besar. Ia terletak berhampiran bahagian utara Gelinciran San Andreas. Ada beberapa gelinciran kecil yang terletak di seluruh bandar raya itu, meningkatkan kemungkinan gempa bumi dahsyat akan berlaku.

    INFO: Definisi

  • Gempa bumi: Fenomena gegaran bumi yang berlaku akibat gerakan bumi yang mengalami gelinciran di garis sesaran bumi ataupun disebabkan oleh aktiviti gunung berapi.

  • Tsunami: Perkataan Jepun bermaksud ‘ombak pelabuhan.’ Ia adalah satu fenomena ombak besar yang melanda pantai disebabkan kejadian gempa bumi di dasar laut. Aktiviti di dasar laut seperti tanah runtuh, ledakan gunung berapi, letupan serta hentaman bahan kosmik seperti meteorit juga boleh menghasilkan tsunami.
  • Thursday, March 17, 2011

    My New Address

    BlockX-FloorX-HouzNoX
    Sri Alam Condominium
    Jalan Kelab Golf 13/1
    Seksyen 13
    40100 Shah Alam
    Selangor Darul Ehsan

    Friday, February 4, 2011

    2010 Tinggal Kenangan :|

    2010 banyak meninggalkan kenangan dalam idop aku... Banyak sgt smpi aku lupe. So aku list out mane2 yang aku ingat la.. Ahahahah............ :)

    1) 27 Feb 2010 - Celebrate my birthday @AFamosa Resort wif Idayu & Ya family. Thx my luvly hubby

    2) Mac 2010 - Qaliff demam, so aku amek 1/2 day since pagi tu kene g ILPKLS utk verifikasi Pelupusan Aset. Tengahari tu rush g balek umah nak amek Qaliff kat Taska Naim, dgn x disangka2 kete kene pecah btol2 time aku baru berenti dpn taska. Mangkok 2 ekor budak lelaki melayu pki jaket cam dak ILP pecah tingkap pintu WSK trus snatch handbeg UCB yg dlm tu ade ext hdd, wallet baru besdey gift sayang bagi, minyak mustajab pon dia rembat la......... Adoyai!!!

    3) Pas tu pas 2 hari, Qaliff admit Hosp Sg Buloh sbb twitching tgh malam sbb demam panas. Dapat le 3D2M dok sane. Pengalaman hebat jaga anak time baru kene rompak peh tu dok spital.

    4) April & May 2010 merupakan bulan aku dgn Azhari kene round Mesia nak briefing TMS - SubModul Evaluation. So bz............

    5) April 2010 ada KESUKAS Family Day @Sunway Lagoon. W/pon dekat tp aku suke sbb senang nak g + aktiviti best!

    6) April 2010 gak kitorg geng2 6 org plan nak g Bandung Nov 2010. Gegirl day's out la katakan

    7) May 2010 aku disahkan peknen ke-2. Alhamdulillah......... Murah rezeki ye. Shukran3x. Tapi camno den nye Gegirl day's out @Bandong??? Ayoooo

    8) Jun 2010 Celeb8 Qaliff's 1st Birthday kat A&W PJ (close + invited party). Best! Thx everybody + V (Evlensa) as photographer + Lea Oven & Nurul Bob (delicious cake) + dll..

    9) Jun 2010 Qaliff admit SJMC bila demam terok lagi. Pastu +ve Inluenza A. Alhamdulillah -ve H1N1. Aku yg tgh peknan ni j aga dia kat SJMC. 3D2M gak le dok sane.......... Herherher.... ;(

    10) Ogos 2010 g vacation bersama family ke Kota Kinabalu. BESH sgt2!!!!

    11) Kang klau ingat aku layan agi ek.............. ;)

    Thursday, February 3, 2011

    2011 Project

    As usual, bila ade baby baru, kene wat la Majlis Aqiqah cum Cukur Jambul. Alang2 tu, leh celeb8 birthday Qaliff skali. So, it's a big project of the year nak setup both event in 1 time.

    List yang kene ade (100 pax) :-

    1) Doorgift (partypack, bunga telur, paperbag etc)
    > LovelyGift - Chocsticks 100pcs (RM80) & Marshchocs 100psc (RM80) - paid RM80 (nak kurangkan order jadi 50+50

    > Dodie's Design - DIY

    > Wishing Favours (http://wishingfavours.blogspot.com)- Baby Pram Foam Bunga Telur 50pcs (RM3.00 x 50pcs = RM150.00) - Ena Farizan Roshidi
    http://marryme2u.blogspot.com
    http://marryme.fotopages.com
    Size: 22cm x 13cm x 6.5cm
    Price:
    100pcs = RM40 (min order) 
    250 pc = RM80
    500 pc = RM100
    1000 pc = RM150
    1500 pc = RM200 

    Great for: Muffins, cupcakes, light fruits, candies, sweets, etc!



    http://buttonsdotcom.blogspot.com
    http://buttonplanetent.blogspot.com/
    http://mylovelyribbonsnlaces.blogspot.com/
    http://mycrafttree.blogspot.com

    2) Catering wif kambing aqiqah
    >
    Looking for something else who can provide tables, chair, hall setup and helper

    3) Photographer wif photobook/storybook

    > Evlensa

    4) Videographer

    > LHMediaTV

    5) Cradle n deco

    > Buaian Cradle RM 280 for Super Eksklusif RM280.00 - paid deposit RM100.00 on 3rd Feb
    1)set buaian + semua dekorasi ekslusif dibuaian
    2)set bantal baby+tilam
    3)skirting
    4)hamparan baldu ekslusif
    5)taburan artificial kristal
    6)kusyen hiasan 2 biji
    7)set pasu kaca tinggi 2 biji @ 2 set ekslusif candle stand
    8)set ranting @ candle 6 biji
    9)lampu hiasan /spotlight
    10)batu-batuan (jika bersesuaian dgn warna)
    11)set merenjis cukur jambul + gunting dengan hiasan ekslusif
    12)set deco sangkar burung separuh dengan dekorasi ekslusif

    6) Banner & Bunting
    > Hanim

    7) Birthday Cake

    > Lea Oven
    > Nurul Wife Bob
    > Dani Samsuri


    8) A&W @ KFC

    > KFC kot kali ni

    9) Theme ???
    > Sweet Purple for Aqiqah
    > birthday Barney Theme


    10) Marhaban
    > group s17-pn zainab 0123886071 (sedakah brp mampu)
    > group s19-pn rohizam 0129714479 (rm250)
    > Pn Cha -017-2368203 (ada 3 group termasuk masjid negeri rm150-500)
    > pn ummi kalsom (017-3571029)-sek 24 kot rm300.

    11) ................. (ape lagi yer)